Lesen Kewangan
Lesen Kewangan adalah syarat utama untuk syarikat yang ingin mendaftar dengan MOF dan menjalankan perniagaan dengan kerajaan.
"Mendaftar Lesen Kewangan dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) adalah langkah penting bagi syarikat yang ingin mendapatkan projek kerajaan. Dengan pendaftaran ini, syarikat boleh menikmati kelebihan seperti akses kepada tender kerajaan, peningkatan kepercayaan pelanggan, dan peluang perniagaan yang lebih luas. Proses pendaftaran melibatkan beberapa sijil seperti Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Sijil Akuan Pendaftaran Firma Perunding, dan Sijil Akuan Pendaftaran Bumiputera."
Lesen Kewangan / MOF / PMS
Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat

Kumpulan Sasaran
- Terbuka kepada kesemua syarikat pembekal dan perkhidmatan yang ingin mendapatkan seperti kerja-kerja pembinaan, pembuatan, pembersihan, kerja bengkel kenderaan, makanan dan minuman, kerja-kerja pencetakan, teknologi maklumat (IT), keselamatan, pertahanan dan sebagainya.
Faedah
- Syarikat yang telah mendaftar Lesen Kewangan / MOF membolehkan berurus niaga dengan kerajaan berdasarkan kod bidang yang didaftarkan.
- Mengembangkan perniagaan anda ke peringkat yang lebih tinggi.
Kelayakan Minima
- Mempunyai syarikat / perniagaan / pertubuhan / koperasi / persatuan
- Mempunyai modal terkumpul sebanyak RM2,500.00 (Bidang Biasa).
- Syarikat/perniagaan beroperasi sama ada di pejabat fizikal atau rumah kediaman
- Sekurang-kurangnya seorang pekerja.
Lesen Kewangan / MOF / PMS
Sijil Akuan Pendaftaran Firma Perunding

Kumpulan Sasaran
- Terbuka kepada kesemua syarikat firma perunding seperti akauntan, auditor dan sebagainya.
Faedah
- Syarikat yang telah mendaftar Sijil Akuan Pendaftaran Firma Perunding membolehkan berurus niaga dengan kerajaan berdasarkan kod bidang perunding yang didaftarkan.
Kelayakan Minima
- Firma perunding hendaklah mempunyai modal terkumpul/berbayar minimum RM50,000.
- Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang kakitangan tetap yang dicarum KWSP dengan komposisi berikut: Kakitangan profesional kelayakan akademik sekurang-kurangnya ijazah dalam bidang berkaitan, Kakitangan separa profesional berkelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma dalam bidang berkaitan dan Kakitangan perkeranian.
Lesen Kewangan / MOF / PMS
Sijil Akuan Pendaftaran Bumiputera

Kumpulan Sasaran
- Terbuka kepada syarikat bumiputera yang telah mendaftar Akuan Syarikat atau/dan Akuan Perunding.
Faedah
- Syarikat yang telah mendaftar Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera membolehkan berurus niaga dengan kerajaan sekiranya kerja-kerja tersebut ditawarkan khusus kepada Bumiputera.
Kelayakan Minima
- Syarikat mesti dimiliki sekurang-kurangnya 51% oleh bumiputera, dengan 51% Ahli Lembaga Pengarah, jawatan utama, dan pekerja terdiri daripada bumiputera.
- Pengurusan kewangan, gaji tertinggi, serta carta organisasi hendaklah dikuasai oleh bumiputera sepenuhnya.