Lesen CIDB
"Lesen CIDB diperlukan oleh syarikat pembinaan untuk beroperasi secara sah di Malaysia. Kami menawarkan perkhidmatan pendaftaran Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Penilaian SCORE, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) untuk kontraktor yang ingin membida projek kerajaan dan swasta."
Lesen CIDB
Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)

Kumpulan Sasaran
- Kesemua kontraktor yang melakukan kerja-kerja berkaitan pembinaan termasuklah mekanikal, elektrikal, awam, bangunan, fasiliti etc. wajib membuat pendaftaran Lesen iaitu Sijil PPK (Perakuan Pendaftaran Kontraktor).
Faedah
- Kewajiban bagi kesemua kontraktor perlu mendapatkan lesen CIDB PPK dan ia bagi mengelakkan dari didakwa jika tidak berdaftar.
- Memberi keyakinan kepada pelanggan anda yang syarikat berdaftar dengan CIDB.
- Merupakan syarat yang perlu dipenuhi sebelum mengikuti kerja-kerja kerajaan dan GLC.
Kelayakan Minima
- Mempunyai syarikat / perniagaan / persatuan yang berdaftar
- Modal yang yang mencukupi mengikut setiap gred yang ditetapkan (G1 - G7)
- Mempunyai sijil akademik pembinaan samaada pekerja atau pengarah syarikat (G4 - G7)
Lesen CIDB
Sijil Penilaian SCORE

Kumpulan Sasaran
- Wajib kepada kontraktor (G2 - G7) yang ingin memohon Lesen SPKK.
- Gred G1 yang ingin memiliki sijil SPKK tidak diwajibkan melakukan penilaian SCORE dan boleh terus memohon SPKK.
Faedah
- Merupakan satu program bagi mengukur keupayaan dan kemampuan kontraktor dari segi kewangan dan pengurusan syarikat.
- Membolehkan kelayakan syarat minimum syarikat (G2 - G7) Memohon Sijil SPKK.
Kelayakan Minima
- Mempunyai sijil PPK.
Lesen CIDB
Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

Kumpulan Sasaran
- Dibuka kepada semua kontraktor yang ingin melakukan kerja-kerja pembinaan kerajaan.
Faedah
- Dapat menyertai kerja-kerja kerajaan dan syarikat GLC yang mewajibkan Lesen SPKK
Kelayakan Minima
- Mempunyai sijil akademik pembinaan samaada pekerja atau pemilik syarikat yang ditetapkan di setiap gred.
- Mempunyai sijil SCORE (G2 - G7)
- Mempunyai sijil ISO 9001 (hanya untuk G7)
Lesen CIDB
Sijil Taraf Bumiputera (STB)

Kumpulan Sasaran
- Dibuka kepada kontraktor yang memiliki SPKK yang ingin menyertai tender kerajaan yang dikhaskan kepada bumiputera
Faedah
- Dapat menyertai cabutan undi, sebut harga & tender-tender kerajaan yang dikhaskan kepada bumiputera
Kelayakan Minima
- Mempunyai Sijil SPKK
- Pegangan & bilangan saham, pengurusan, pekerja bumiputera hendaklah melebihi 51% untuk G2 - G7, manakala 100%. untuk G1.