Lesen Petronas
“Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran lesen Petronas, anda boleh merujuk kepada laman rasmi Petronas untuk syarat dan garis panduan terkini.”
PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad) adalah syarikat minyak dan gas nasional Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Ia ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 dan bertanggungjawab terhadap eksplorasi, pengeluaran, penapisan, dan pengedaran minyak dan gas di Malaysia serta di peringkat antarabangsa.
Lesen petronas
Sijil Petronas (Pendaftaran)

Kumpulan Sasaran
- Terbuka kepada syarikat pembekal & perkhidmatan.
Faedah
- Pendaftaran Petronas yang sah membolehkan entiti untuk membekal barangan / perkhidmatan kepada sektor hiliran (‘downstream’) Kumpulan Syarikat-syarikat PETRONAS kepada sektor hiliran (‘downstream’) Kumpulan Syarikat-syarikat PETRONAS.
Kelayakan Minima
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai syarikat ”Sdn Bhd” atau ”Berhad”.
- Modal berbayar untuk pendaftaran petronas dalam bentuk saham biasa hendaklah tidak kurang daripada RM10,000.
- Dana Pemegang saham adalah positif.
atau
- Berdaftar dengan badan-badan profesional yang berkaitan iaitu Lembaga Juruukur Tanah untuk ’Jurukur Tanah’, Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia untuk ’Penilai’, Lembaga Arkitek Malaysia untuk ’Firma Senibina’ atau badan-badan profesional berkaitan yang lain.
- Modal berbayar dalam bentuk saham biasa hendaklah tidak kurang daripada RM10,000
- Dana Pemegang saham adalah positif.
Lesen petronas
Sijil Petronas (Lesen)

Kumpulan Sasaran
- Terbuka kepada syarikat pembekal & perkhidmatan.
Faedah
- Lesen Petronas yang sah membolehkan entiti untuk membekal barangan / perkhidmatan kepada kedua-dua sektor iaitu sektor huluan (“upstream”) industri minyak dan gas di Malaysia & Sektor hiliran (“downstream”) Kumpulan Syarikat-syarikat PETRONAS.
Kelayakan Minima
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai syarikat ”Sdn Bhd” atau ”Berhad”.
- Modal berbayar untuk pendaftaran petronas dalam bentuk saham biasa hendaklah tidak kurang daripada RM100,000.
- Dana Pemegang saham adalah positif.
atau
- Berdaftar dengan badan-badan profesional yang berkaitan iaitu Lembaga Juruukur Tanah untuk ’Jurukur Tanah’, Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia untuk ’Penilai’, Lembaga Arkitek Malaysia untuk ’Firma Senibina’ atau badan-badan profesional berkaitan yang lain.
- Modal berbayar dalam bentuk saham biasa hendaklah tidak kurang daripada RM100,000
- Dana Pemegang saham adalah positif.